Sejarah Merentas daratan

Secara sejarahnya, merentas daratan merujuk kepada "overlanding" iaitu istilah Australia untuk menyatakan perbuatan menggerakkan ternakan dalam jarak yang sangat jauh untuk membuka kawasan baru atau membawa ternakan untuk dipasarkan jauh dari kawasan ragut.[1] Antara 1906 dan 1910, Alfred Canning membuka Laluan Stok Canning.[2] Di Australia, merentas daratan telah diilhamkan oleh Len Beadell ke tahap yang lebih besar, pada tahun 1940-an dan 1950-an, dengan membina banyak jalan untuk menuju ke Outback Australia.[3] Jalan-jalan tersebut masih digunakan hari ini oleh perentas daratan Australia dan masih memiliki nama yang diberi Len; Lebuhraya Gunbarrel, Lebuh Connie Sue (dinamakan sempena anak perempuannya), dan Lebuhraya Anne Beadell (dinamakan sempena isterinya).